Tiada Kes COVID-19 Dalam Kalangan Penghuni Dan Banduan Di Penjara Kajang

TULAR:
1380

SEBENARNYA:

Jabatan Penjara Malaysia mengesahkan tiada kes jangkitan COVID-19 dalam kalangan penghuni dan banduan sejak pandemik itu menular di seluruh negara.

Bagaimanapun, langkah sewajarnya sentiasa dilaksanakan bagi mencegah penularan wabak itu di penjara termasuk menjalankan pemeriksaan kesihatan kakitangan bertugas.

“Selain itu, setiap banduan yang (baru) diterima akan dikuarantin untuk tujuan pemeriksaan kesihatan bagi mengelakkan penyakit berjangkit dibawa masuk ke dalam penjara.

“Sekiranya terdapat banduan yang mempunyai simptom seperti yang boleh diklasifikasi sebagai pembawa wabak COVID-19, pihak penjara telah menyediakan blok pengasingan dan pusat kuarantin bagi mengasingkan serta mencegah wabak itu tersebar dalam kalangan banduan yang lain.”

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Penjara


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI