PENJELASAN:
Pihak polis memperjelaskan laporan bahawa telefon pintar milik seorang guru yang dikatakan dicuri mendiang M Vasantha Piriya, sudah ditemui sepertimana yang dilaporkan media.
Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan, Superintendan Shafee Abd Samad, telefon pintar milik seorang guru yang dikatakan dicuri mendiang M Vasantha Piriya, masih belum ditemui seperti didakwa beberapa pihak.
“Biar kita jalankan siasatan terlebih dahulu dan jangan terlalu mempercayai sebarang berita yang tidak sahih. Jika banyak dakwaan tidak sahih tersebar, ia akan mengganggu proses siasatan yang kini sedang dijalankan.”