Waspada Sindiket Panggilan Telefon Kononnya Dari Jabatan Kastam

TULAR:
709

WASPADA:

Orang ramai diminta berwaspada dengan sindiket panggilan telefon kononnya daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Menurut JKDM, badan berkenaan telah menerima dan mengesan kes berkaitan penipuan atau scam menggunakan identiti dan nama JKDM.

Sindiket penipuan yang dipercayai dilakukan oleh warga tempatan dan warga asing akan membuat panggilan telefon recara rambang kepada orang awam dengan mendakwa mereka sebagai wakil JKDM melalui talian 1300 755 796 atau 4640 9078 dan lain-lain nombor yang tidak berkaitan dengan JKDM.

SUMBER: 

Laman Facebook Rasmi Kastam Diraja Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI