PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat anggota tentera Malaysia cedera terkena letupan bom oleh pengganas.
Sumber gambar: Facebook
SEBENARNYA :
Tentera Darat (TD) menafikan anggotanya parah terkena letupan bom seperti yang menjadi viral, sebaliknya gambar tersebar diambil ketika lakonan pada majlis penamat kursus perubatan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas.
Sumber TD, berkata gambar itu diambil ketika sebahagian anggota 14 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) melakonkan situasi rawatan medan perang dengan gambaran kononnya 14 anggota cedera akibat terkena letupan bom ketika latihan.
SUMBER :