PALSU:
Tular di media sosial dakwaan bahawa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menyewa pesawat tempur Gripen daripada Sweden sebagai solusi sementara.
SEBENARNYA :
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa Malaysia bercadang mendapatkan pesawat pejuang pelbagai guna (MRCA) Gripen buatan Sweden melalui sistem sewaan. Beliau menegaskan bahawa Malaysia tidak pernah mendapatkan aset ketenteraan melalui sistem sewaan. Malah, Malaysia hanya akan membuat pembelian terus untuk mendapatkan aset ketenteraan.