SPR Benarkan Polis Dan Tentera Undi Awal Sewaktu PRU 13?

TULAR:
492

PALSU: 

Tular di media sosial bahawa terdapat pengundian awal oleh pihak polis dan tentera yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sewaktu PRU 13.

Sumber gambar : Facebook

SEBENARNYA:

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan wujud pengundian awal seperti yang didakwa beberapa pihak termasuk tersebar luas di laman sosial.

Menurut Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria, SPR telah mengesan wujudnya cubaan pihak-pihak tertentu menyebarkan maklumat mengenai proses pengundian awal membabitkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia.

Menurutnya, dakwaan itu tidak benar kerana kertas undi yang sedang diedar pihaknya adalah kertas undi pos, bukannya undi awal.

SUMBER: 
Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI