Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menafikan dakwaan mengarahkan pengunjung sebuah pasar raya besar di Seksyen 13 supaya menjalani ujian saringan kesihatan, kata pengarahnya Datuk Dr Sha’ari Ngadiman.
Beliau berkata arahan hanya dikeluarkan supaya pasar raya besar itu ditutup bermula Isnin lepas kerana beroperasi dengan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
“Foto tular mengatakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan pengunjung yang pernah ke pasar raya besar itu perlu menjalani ujian saringan kesihatan adalah palsu.”