Taman Langat Murni Dan Taman Langat Utama Di Kuala Langat Cuma Dikenakan PKPD Secara Pentadbiran

TULAR:
2506

Penduduk dan orang ramai di Taman Langat Murni, Kuala Langat yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) boleh keluar keluar masuk kawasan berkenaan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan PKPD di situ berbeza dengan PKPD di tempat lain seperti Selangor Mansion dan Pasar Borong Selayang.

Ini berikutan PKPD di Taman Langat Murni secara pentadbiran tetapi dilaksanakan dengan prosedur yang ketat.

“Jika PKPD di kawasan lain kita tidak benarkan orang ramai untuk keluar masuk tetapi di kawasan ini, kita benarkan. Namun, mereka iaitu 100 peratus perlu menjalani saringan kesihatan, termasuk ‘swab test‘.

Taman Langat Murni antara tempat terbaharu PKPD apabila kawasan sekitar dipasang kawat berduri dan tindakan itu dilakukan selepas 20 warga asing yang bekerja dengan syarikat pembersihan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan tinggal di taman itu disahkan positif COVID-19 pada Khamis lalu.

SUMBER:

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI