PENJELASAN :
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Low Chee Leong memperjelaskan laporan bahawa tiada tindakan yang diambil terhadap restoran yang menyajikan makanan yang mengandungi ulat sepertimana yang hangat diperkatakan di media sosial.
Menurut Low Chee Leong, restoran di Taman Kota Laksamana itu diarah tutup serta merta selama 14 hari bermula 1 Julai 2018. Arahan itu dibuat Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah selepas membuat pemeriksaan lanjut ke atas premis berkenaan.
“Berikutan video yang tular itu, saya segera mengarahkan pihak pejabat kesihatan untuk membuat pemeriksaan dan hasilnya mendapati terdapat banyak aspek kebersihan yang tidak dipatuhi. Sehubungan itu, kita telah mengarahkan premis tersebut ditutup selama 14 hari kerana melanggar peraturan di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 selain mengeluarkan tiga Notis 32B berkait kesalahan di bawah peraturan tersebut.”
SUMBER :
Utusan Malaysia