PALSU :
Tular di media sosial dakwan bahawa Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) berjaya membuat tangkapan terhadap sindiket penyeludupan kanak-kanak yang menggunakan lori ayam.
SEBENARNYA :
Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah menafikan dakwaan telah membuat tangkapan berkenaan penyeludupan kanak-kanak ke Thailand seperti yang disebar melalui aplikasi Whatsapp.
Komandernya, Abd Latif Abdul Rahman berkata, pihaknya sehingga kini tidak pernah membuat tangkapan terhadap lori ayam yang membawa kanak-kanak untuk diseludup organ di negara jiran itu.
“Khabar angin mendakwa enam kanak-kanak telah diselamatkan di Bukit Kayu Hitam, Kedah ketika hendak diseludup ke Thailand untuk diambil organ adalah tidak benar,” katanya
SUMBER :