PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa 62 lokasi daerah Hulu Langat menjadi kawasan wabak misteri dan kononnya disahkan oleh Jabatan Kesihatan bahawa terdapat jangkitan kencing tikus di Sungai Congkak yang bakal ditutup bagi kerja pembersihan.
SEBENARNYA :
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Elizabeth Wong mengesahkan mesej yang tersebar luas di media sosial adalah palsu.
Elizabeth Wong berkata, 62 lokasi yang dikatakan itu seolah-olah menunjukkan kes denggi, bukannya wabak misteri atau kencing tikus seperti menjadi viral di aplikasi WhatsApp.