
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET):
Analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan angin barat kencang dijangka bertiup memasuki rantau negara pada 8 hingga 12 Jun 2025. Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dalam tempoh yang lebih panjang di utara Semenanjung serta angin kencang dan laut bergelora di perairan Phuket, Selat Melaka Utara dan Laut China Selatan dalam tempoh tersebut.
Sehubungan itu, MET Malaysia telah mengeluarkan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi perairan Phuket, Selat Melaka Utara, sebahagian Condore, Reef North, Palawan, Labuan, Layang-layang & Sulu berkuat kuasa pada 8 hingga 12 Jun 2025.