
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET):
Analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan angin timuran yang sedang berlaku dijangka berterusan sehingga 12 Mac 2025. Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di pantai timur Semenanjung Malaysia.
MET Malaysia sentiasa memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa dan akan mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan sebaik sahaja output model-model ramalan cuaca mencapai tahap keyakinan yang tinggi.
Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora berkuat kuasa sehingga 11 Mac 2025 bagi perairan Laut China Selatan.
SUMBER:
Facebook Rasmi MET
X Rasmi MET
Instagram Rasmi MET