Waspada Peningkatan Kes HFMD

TULAR:
446

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dengan peningkatan kes penularan virus HFMD.

Sumber gambar: Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sebanyak 33,425 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di seluruh negara dengan kebanyakan negeri kecuali Sabah dan Sarawak menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2018.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pada minggu ke-29 tahun 2018,  sebanyak 722 kes dilaporkan dan pada 17 Julai 2018, sebanyak 18 premis ditutup melibatkan enam taska dan 12 tadika.

“Ini menjadikan jumlah premis ditutup sehingga kini adalah 419 premis iaitu 198 taska, 197 tadika dan 23 sekolah.”

Dr Noor Hisham berkata kementeriannya akan terus memantau situasi HFMD dan orang ramai diminta untuk sentiasa mematuhi nasihat yang diberikan oleh pihak berkuasa kesihatan.

Sumber:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI