Waspada Taktik Penipuan Yang Mempromosikan Produk Penjagaan Diabetes Menyalahgunakan Identiti YB Timbalan Menteri Kesihatan

TULAR:
256

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):

KKM mengambil maklum penyebaran sebuah video yang menyalahgunakan identiti YB Timbalan Menteri Kesihatan untuk mempromosikan sebuah produk penjagaan diabetes di platform media sosial.

KKM menafikan sekeras-kerasnya kesahihan video ini, yang disyaki dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang kini mampu menghasilkan video dan kandungan audio-visual lain yang amat realistik.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk hanya menggunakan produk kesihatan yang berdaftar dengan KKM; serta tidak membeli sebarang produk kesihatan daripada penjual atau vendor yang tidak bertauliah, terutamanya melalui platform dalam talian.

SUMBER:

Facebook Rasmi KKM

X Rasmi KKM

Instagram Rasmi KKM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI