WASPADA:
Orang ramai diminta berwaspada dengan skim tawaran kerja di luar negara.
Kementerian Luar mengingatkan rakyat negara ini yang merancang perjalanan ke luar negara supaya mengemukakan permohonan visa yang bersesuaian dengan tujuan mereka.
Kementerian itu turut menasihatkan supaya warga Malaysia yang ingin bekerja di luar negara menggunakan saluran dan prosedur yang ditetapkan oleh negara yang ingin dikunjungi.
“Dapatkan visa bekerja terlebih dahulu sebelum mengadakan perjalanan ke sesebuah negara asing. Jangan tertipu dengan skim-skim tertentu yang menjanjikan tawaran pekerjaan di luar negara sekiranya visa atau permit bekerja yang sah tidak diperoleh terlebih dahulu.”
SUMBER:
Laman Twitter Rasmi Wisma Putra