Aiskrim Magnum Mengandungi Lemak Babi?

TULAR:
4248

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa Aiskrim jenama Magnum mengandungi lemak babi.

Sumber gambar : Whatsapp


SEBENARNYA :

Bahagian Hab Halal JAKIM mengesahkan bahawa Aiskrim Magnum mempunyai Sijil Pengesahan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM iaitu Majelis Ulama Indonesia (MUI) dan The Central Islamic Committee of Thailand (CICOT) yang diiktiraf oleh JAKIM.

Selain itu ia juga mendapat pengesahan halal dari South African National Halaal Authority (SANHA) iaitu salah satu badan pensijilan halal yang diiktiraf oleh JAKIM di Afrika Selatan.

Menurut Bahagian Hab Halal JAKIM, tular ini berpunca dari salah faham yang timbul terhadap penggunaan bahan ramuan dari kod E471  yang didakwa dari sumber haram.

SUMBER :

Bahagian Hab Halal JAKIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI