Bukan Bazar Ramadan Yang Dibuka Di Kampung Pandan

TULAR:
5319

Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan:

“Itu bukan bazar Ramadan dan kita memang tidak benarkan langsung (bazar Ramadan) beroperasi,” jelas beliau ketika ditanya mengenai video tular memaparkan orang ramai mengerumuni gerai makanan dilihat seperti bazar Ramadan di Kampung Pandan, baru-baru ini.

Video berdurasi 13 saat itu menunjukkan gerai menjual makanan dibuka di tepi jalan di kawasan itu dipenuhi pengunjung yang tidak mematuhi penjarakan sosial.

Beliau berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah melakukan pemantauan di kawasan berkenaan.

“Kami dapati ia bukan bazar Ramadan dan perkara ini sama juga seperti yang berlaku di Wangsa Melawati.

SUMBER:

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI