Dakwaan Bahawa Seramai 250 Orang Asli Di Gopeng Perak Yang Positif COVID-19 Melarikan Diri Ke Dalam Hutan Adalah Tidak Benar

TULAR:
1350

SEBENARNYA:

Jabatan Kesihatan Negeri Perak mengesahkan tidak menerima laporan ada pesakit COVID-19 Orang Asli melarikan diri masuk ke dalam hutan seperti yang tular di media sosial.

Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming, berkata tiada laporan rasmi diterima oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kampar mengenai khabar angin yang tersebar sejak dua hari lalu.

Beliau berkata, video yang tular itu adalah video pengebumian pesakit COVID-19 Orang Asli, yang berkemungkinan berlaku pada 14 September lalu.

“Jenazah sampai ke kampung lewat petang kira-kira jam 7 lebih dan pengebumian diteruskan kerana petugas serta waris sudah menunggu di sana.

“Dimaklumkan, lokasi tapak pengebumian adalah di seberang sungai di kampung itu dan hanya satu cara untuk menyeberangi sungai itu iaitu melalui jambatan buluh.

“Jenazah diuruskan seperti urusan jenazah pesakit COVID-19 iaitu dibalut dengan lapisan pelindung yang dibuat prosedur disinfeksi dan jenazah berkenaan ditanam di tapak perkuburan kampung Orang Asli terbabit,” katanya.

SUMBER:

Berita Harian
Harian Metro
Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI