Dakwaan Bahawa Starbucks Telah Disahkan Haram Oleh JAKIM Adalah Tidak Benar

TULAR:
20298

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM):

Tular sebuah mesej tular yang dikitar semula, kononnya daripada seorang tokoh agama yang mendakwa bahawa Starbucks telah disahkan haram oleh JAKIM kerana mengandungi bahan E471 (Emulsifier 471).

Untuk makluman pengguna, ianya merupakan tular berulang dan pernah dijawab oleh Bahagian Hab Halal, JAKIM pada 10 Mei dan 11 Oktober 2016 yang lalu.

Perlu diketahui premis makanan Starbucks Malaysia merupakan Pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga ke hari ini.

Berita Terdahulu (2019)

SUMBER:

Facebook Rasmi JAKIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI