Dakwaan Terdapat Jangkitan COVID-19 Dari Pasaraya Tesco Adalah Palsu

TULAR:
5124

SEBENARNYA:

Hasil semakan dan penelitian pihak MCMC mendapati bahawa klip video yang mendakwa bahawa terdapat dua individu yang dijangkiti COVID-19 dari pasaraya Tesco adalah palsu.

Berdasarkan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Tesco Malaysia, tiada sebarang kes positif COVID-19 yang dilaporkan di mana-mana cawangan Tesco di Malaysia. Dakwaan bahawa wabak COVID-19 telah dikenalpasti di Tesco Tanjung Pinang dan Tesco Bukit Beruntung (atau lebih dikenali sebagai Tesco Bukit Sentosa), kedua-duanya adalah tidak benar.

SUMBER:

Facebook Rasmi Tesco Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI