Diskaun Saman 70 Peratus Oleh JPJ Satu Strategi Politik?

TULAR:
752
Gambar hiasan. Sumber: blogspot.my

PALSU:

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa tindakan memberikan diskaun saman 70 peratus oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah satu strategi kerajaan bagi memenangi hati rakyat.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA:

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Shaharuddin Khalid, dakwaan kononnya pemberian diskaun 70 peratus sebagai strategi pihak kerajaan bagi memenangi rakyat adalah tidak benar kerana pihaknya tidak mempunyai kaitan dengan sebarang parti politik.

“Pihak JPJ tiada kaitan dengan mana-mana parti politik. Pemberian diskaun ini adalah satu kemudahan dan bukti keprihatinan kami kepada rakyat Malaysia.”

Datuk Shaharuddin menjelaskan, insentif yang diumumkan sempena Sambutan Hari JPJ Ke-72 Peringkat Kebangsaan merupakan satu strategi bagi menyerlahkan imej JPJ kepada masyarakat, dan idea diskaun itu merupakan ilham daripada pegawai JPJ sendiri dan tidak bermotifkan politik melainkan memberi kelonggaran kepada masyarakat yang dibebani dengan pelbagai kos sara hidup.

SUMBER:

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI