LPF Haramkan Tayangan Filem Dukun?

TULAR:
1110

PENJELASAN:

Lembaga Penapisan Filem (LPF) memperjelaskan laporan bahawa LPF mengharamkan tayangan filem Dukun sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Lembaga Penapisan Filem (LPF), LPF memberi klasifikasi P13 kepada filem berkenaan  dengan memotong lima aksi berunsur ganas dan khurafat sebelum ditayangkan kepada umum.

Pengerusinya, Mohd Zamberi Abdul Aziz berkata, filem berkenaan yang sudah diluluskan pada Disember 2006, dirujuk semula ke lembaga penilaian untuk mendapatkan klasifikasi sebelum tarikh tayangan diputuskan.

“LPF sudah memberikan ‘lampu hijau’ kepada filem Dukun sejak akhir tahun 2006… Tiada langsung isu pengharaman dalam data kami.”

SUMBER: 

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI