Projek ECRL Beri Impak Kepada Hidupan Liar?

TULAR:
1441

PENJELASAN:

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) memperjelaskan lebih lanjut berhubung projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan memberi kesan ke atas hidupan liar.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Perhilitan, pihak mereka serius dalam mengurus hidupan liar bagi projek ECRL.

Pembukaan kawasan hutan dan perubahan corak guna tanah bagi sebarang tujuan pembangunan seperti pembinaan ECRL akan memberikan kesan ke atas hidupan liar.

Ketua Pengarah Jabatan Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, bagi memastikan impak ke atas hidupan liar dapat dikurangkan, pihaknya telah mengadakan beberapa siri perbincangan dan pertemuan dengan pihak Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) bermula dari tahun 2016 bagi membincangkan isu berkaitan hidupan liar.

Menurutnya, dalam perancangan awal pembinaan projek ECRL Fasa 1 akan merentasi 25 buah hutan simpan, namun jumlah itu berjaya dikurangkan kepada 13 buah hutan simpan.

“Demi kelesterian alam sekitar dan atas desakan Jabatan Perhilitan serta Jabatan Perhutanan, jumlah pembinaan laluan yang merentasi hutan simpan dan habitat semula jadi hidupan liar telah berjaya dikurangkan.

“Malah bagi mengurangkan impak kepada habitat hidupan liar, pembinaan terowong ditambah daripada 19 buah terowong kepada 44 buah terowong. Manakala bagi tujuan laluan lintasan hidupan liar, jumlah viaduct yang asalnya sebanyak 33 buah telah ditambah menjadi 174 buah.”

Beliau berkata, Perhilitan akan cuba yang terbaik untuk memastikan kesejahteraan hidupan liar ini terpelihara dengan melaksanakan banyak siri mesyuarat termasuk membuat tinjauan di lokasi serta bengkel bersama agensi-agensi lain.

Katanya, pihaknya akan memainkan peranan dengan melaksanakan program mitigasi seperti yang telah digariskan di dalam Pelan Pengurusan Hidupan Liar bagi projek ECRL ini.

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI