Gangguan Bekalan Air Di Klang, Shah Alam Dan Kuala Langat Pada 30 April 2017?

TULAR:
382

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat gangguan bekalan air di Klang, Shah Alam dan Kuala Langat pada 30 April 2017.

Sumber Gambar : Facebook


SEBENARNYA : 

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menafikan terdapat gangguan bekalan air di Klang, Shah Alam dan Kuala Langat pada 30 April 2017.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah dalam kenyataan berkata maklumat yang tular itu merujuk kepada gangguan bekalan air berjadual pada tahun lepas iaitu 30 April 2016.

SUMBER :

Bernama

Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI