Harga Gula Akan Naik 29 sen?

TULAR:
243

PENJELASAN:

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memperjelaskan dakwaan bahawa pengilang gula, MSM Malaysia Holdings Bhd dalam perundingan dengan kerajaan bagi menaikkan harga gula sebanyak 29 sen bagi setiap kilogram (kg) sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak akan membenarkan sebarang kenaikan harga gula pada masa ini.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pada Mac lalu kementerian telah menaikkan harga gula sebanyak 11 sen sekilogram justeru ia tidak perlu dinaikkan lagi.

Beliau mengulas permintaan pengeluar gula, MSM Malaysia Holdings Bhd yang mahu kerajaan menaikkan lagi harga runcit gula sebanyak 29 sen sekilogram bagi mengimbangi kenaikan kos pengeluaran.

SUMBER :

Utusan Online

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI