Kemunculan Objek Bercahaya Dan Dentuman Kuat Di Langit Sabah ?

TULAR:
910

PENJELASAN:

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) memperjelaskan dakwaan kemunculan objek bercahaya dan bunyi dentuman kuat di langit Sabah sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Siaran Media ANGKASA:

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim  (MESTECC) melalui Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) telah menerima laporan bahawa terdapat objek bercahaya di ruangan atmosfera dan disusuli dengan dentuman yang kuat di langit Sabah pukul 11:00 malam pada 20 Ogos 2018.

Bedasarkan kepada maklumat yang diperolehi, ANGKASA berpendapat objek berkenaan adalah hasil daripada meteor iaitu batuan dari angkasa lepas yang memasuki atmosfera Bumi disebabkan oleh tarikan graviti Bumi.

Pada kebiasaannya, batuan meteor ini berasal daripada serpihan aesteroid yang bersaiz lebih kecil iaitu kuran dari 0.5 meter persegi dan apabila memasuki ruang atmosfera Bumi dengan kelajuan yang tinggi, batuan ini akan bergesel dengan partikel di atmosfera Bumi dan akan menghasilkan haba yang menyebabkan ia terbakar dan bercahaya.

Bedasarkan maklumat orang ramai berkenaan bunyi yang didengar, ia mungkin disebabkan batuan yang panas tersebut meletp di ruang atmosfera iaitu beberapa saat selepas cahaya meteor tersebut hilang. Hasil daripada letupan berkenaan, batuan meteor tersebut akan berkecai menjadi debu atau serpihan kecil yang berkemungkinan akan jatuh ke Bumi.

Memandangkan ia adalah fenomena biasa, rakyat Malaysia khusunya di Sabah tidak perlu bimbang dengan kejadian yang berlaku malam tadi kerana 95 (%) peratus meteor akan musnah terbakar di atmosfera Bumi. Pihak ANGKASA juga menyarankan agar orang ramai tidak menyebarkan maklumat tidak sahih melalui media sosial.

SUMBER:

Laman Facebook Rasmi ANGKASA 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI