
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET):
Analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan tiupan angin baratan kencang di rantau Semenanjung dijangka berlaku pada 15 hingga 20 Mei 2026. Keadaan ini boleh mengakibatkan keadaan angin kencang dan laut bergelora dan berpotensi bagi pembentukan garis badai yang boleh membawa cuaca yang lebih lembap berserta angin kencang di utara Semenanjung dan kawasan perairan negeri-negeri berkenaan.
Sehubungan dengan itu, MET Malaysia telah mengeluarkan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi perairan Phuket dan Selat Melaka Utara berkuat kuasa 15 hingga 19 Mei 2026.
SUMBER:






