Malaysia Import Produk “Instant Hotpot” Yang Dilarang Di Singapura?

TULAR:
706
Sumber gambar : KKM

PENJELASAN : 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperjelaskan berhubung produk makanan periuk panas segera (instant hotpot) mengandungi daging yang dikenali sebagai Ba Shu Hotpot atau Ba Shu Lan Ren, yang dilarang pengimportannya di Singapura sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar : Straits Times

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, “laporan menyatakan, Agri-Food and Veterinary Authority (AVA) Singapura melarang pengimportan produk Instant Hotpot yang mengandungi daging yang juga dikenali sebagai Ba Shu Hotpot atau Ba Shu Lan Ren. Ini kerana pihak AVA Singapura hanya membenarkan pengimportan produk makanan yang mengandungi daging daripada sumber yang diluluskan olehnya.

Berdasarkan Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (Food Safety Information System of Malaysia – FoSIM), tiada pengimportan bagi produk daripada syarikat terlibat ke Malaysia.

Semua makanan yang diperbuat atau diimport ke negara ini perlu mematuhi peruntukan di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.”

SUMBER : 

Kementerian Kesihatan Malaysia

Berita Harian

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI