Penjelasan Berhubung Produk Nissin Cup Noodles yang Mengandungi Ramuan Tidak Halal

TULAR:
584

Menurut Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM):

Tular di media sosial satu hantaran video berkaitan produk Nissin Cup Noodle pelbagai perisa yang mempunyai ramuan tidak halal iaitu babi pada label pembungkusan produk.

Penelitian telah dibuat menerusi paparan video dan jelas menunjukkan produk tersebut bukan dijual di pasaran Malaysia berdasarkan nilai tanda harga yang dipamerkan pada rak jualan.

Selain itu, tiada paparan logo halal dipamerkan pada label pembungkusan produk berkenaan.

SUMBER:

Facebook Rasmi JAKIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI