Penjelasan Mengenai Cukai Jualan Ke Atas Barang Kemas Perhiasan Diri Dan Barang Perhiasan Rumah

TULAR:
59

Menurut Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM):

Barang kemas perhiasan diri seperti cincin, gelang, rantai, loket dan lain-lain yang diperbuat daripada emas atau perak tidak dikenakan cukai jualan mengikut Kod Tarif 7113.

Sebaliknya, barang perhiasan rumah seperti tepak sirih, pemegang pintu, pinggan mangkuk dan lain-lain yang diperbuat daripada emas atau perak dikenakan cukai jualan sebanyak lima peratus (5%) mengikut Kod Tarif 7114.

SUMBER:

Facebook Rasmi JKDM

Instagram Rasmi JKDM

X Rasmi JKDM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI