PKPD Dikuatkuasakan Di Kampung Dato’ Ibrahim Majid Dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid Di Simpang Renggam, Kluang, Johor

TULAR:
8456

Berdasarkan kenyataan rasmi Menteri Kanan (Kluster Keselamatan):

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan terdapat 83 kes positif jangkitan COVID-19 di Daerah Kluang, Johor. Daripada jumlah itu, sebanyak 61 kes adalah dari Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, Johor.

Mengambil kira jumlah kes yang tinggi di dua kawasan tersebut, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (Enhanced Movement Control Order) di Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, Johor.

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) melibatkan 3,570 orang penduduk tempatan daripada 650 keluarga. Perintah ini akan berkuatkuasa mulai tengah malam, 27 Mac 2020 hingga 9 April 2020.

Tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada menular keluar dari kawasan tersebut. Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.

Bagi pelaksanaan perintah ini, semua penduduk diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas dari KKM serta mematuhi semua arahann pihak berkuasa.

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Perdana Menteri

RALAT (26 Mac 2020): Tular sebelum ini disahkan sebagai palsu, namun mengambil kira situasi dan kenyataan terbaharu daripada Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), artikel ini telah ditukar kepada penjelasan.


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI