PR1MA Malaysia Lantik Orang Ketiga Untuk Promosi Dan Penjualan Rumah PR1MA?

TULAR:
1026

WASPADA:

Orang ramai adalah dinasihatkan supaya berwaspada dengan pihak yang mendakwa dilantik PR1MA Malaysia yang menawarkan promosi dan penjualan rumah PR1MA melalui media sosial.

Sumber gambar: PR1MA.

Menurut Perbadanan PR1MA Malaysia, pihaknya tidak pernah melantik pihak ketiga atau mana-mana syarikat untuk mempromosi dan menjual rumah PR1MA melalui media digital, ataupun mengambil wang pendahuluan dan tempahan untuk pembelian mana-mana kediaman yang ditawarkan.

“Oleh itu, orang ramai diminta segera menghubung pihak perbadanan melalui emel ([email protected]) atau telefon (03-76289898) sekiranya didatangi individu atau syarikat yang menawarkan rumah PR1MA,” katanya.

Katanya lagi, orang ramai yang berhasrat membeli rumah PR1MA perlu berurusan terus dengan perbadanan dan setiap permohonan akan ditapis dengan teliti dan melalui proses pemilihan yang ketat oleh Ahli Perbadanan PR1MA.

SUMBER:

Sinar Harian

Facebook PR1MA Homes


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI