Pindaan RUU Perkhidmatan Bomba Bertujuan Untuk Bomba Ambil Alih Aset Pasukan Bomba Sukarela?

TULAR:
1004

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa pindaan terbaharu terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2018 yang dibentangkan di Parlimen adalah bertujuan untuk membolehkan aset milik pasukan bomba sukarela (PBS) diambil alih oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA:

Menurut Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, pindaan RUU yang dibentangkan bukan bertujuan supaya JBPM boleh mengambil alih aset PBS, sebaliknya, pindaan tersebut bertujuan meletakkan pentadbiran dan pengurusan PBS di bawah seliaan JBPM yang akan memudahkan penyaluran bantuan kepada pasukan tersebut.

“PBS dahulunya didaftarkan dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), kini sudah sampai masanya JBPM mengambil tanggungjawab dengan meletakkan PBS di bawah pengurusan JBPM. Kita bukan ingin ambil alih harta atau aset PBS tetapi kita mahu memudahkan penyaluran bantuan serta pengurusan pasukan ini dari segi aset dan sebagainya.”

SUMBER:

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI