Produk Buah Delima Sejuk Beku Dicemari Virus Hepatitis?

TULAR:
541

PENJELASAN:

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperjelaskan dakwaan mengenai penularan penyakit hepatitis A melalui produk makanan buah delima sepertimana yang dilaporkan media.

Screen Shot 2018-04-09 at 18.47.11
Sumber gambar : KPK Kesihatan

Menurut kenyataan KKM:

KKM mengambil maklum laporan akhbar bertajuk Hepatitis A in NSW linked to frozen fruit dan Recall of creative gourmet frozen pomegranate linked to Hepatitis A outbreak yang disiarkan melalui akhbar dalam talian 7 News Sydney https://au.news.yahoo.com/nsw/ pada 6 April 2018 dan 7 April 2018.  Akhbar tersebut melaporkan tujuh kes Hepatitis A di New South Wales, Australia yang dikaitkan dengan produk buah delima (pomegranate) sejukbeku yang diimport dan dijual di rangkaian pasaraya Coles.

Produk yang terlibat adalah produk buah delima sejukbeku, berat 180g dengan tarikh baik sebelum dan termasuk 21 Mac 2020.

KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sedang menjalankan pemantauan di semua pintu masuk dan sebagai langkah berjaga-jaga, produk buah delima sejukbeku dari Mesir akan dikenakan pemeriksaan tahan, uji, lepas di mana sampel akan diambil untuk analisis dan produk tersebut hanya akan dilepaskan sekiranya keputusan analisis menunjukkan tiada pencemaran virus Hepatitis A.

SUMBER:

KPK Kesihatan


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI