Dua Banduan Melarikan Diri Di Ulu Tiram, Johor Bahru?

TULAR:
601
Gambar hiasan.Sumber gambar : PDRM

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat  dua banduan melarikan diri di kawasan Ulu Tiram, Seri Alam, Johor Bahru.

Sumber gambar : Whatsapp

SEBENARNYA:

Polis menafikan dakwaan dua banduan larikan diri di kawasan Ulu Tiram, Seri Alam, Johor Bahru, seperti yang tular di aplikasi WhatsApp dan media sosial.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz berkata, mesej dan gambar dua lelaki yang didakwa melarikan diri itu adalah tidak benar.

“Kita sudah mengambil maklum berhubung dakwaan yang tular itu dan melakukan siasatan. Tidak ada kejadian seperti itu (tular dua banduan lari seperti terkandung dalam media sosial).

Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai mesej berkenaan. Selain itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak sewenang-wenangnya berkongsi status terbabit.

SUMBER:

Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI