Istilah Hotspot Digunakan Pihak Polis Bermakna Kawasan Tidak Selamat?

TULAR:
1049

PENJELASAN:

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperjelaskan dakwaan bahawa penggunaan istilah ‘hotspot’ untuk kawasan tertentu sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menunjukkan bahawa kawasan berkenaan adalah tidak selamat.

Gambar hiasan. Sumber gambar: Giscrimemap.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, istilah hotspot sama sekali tidak bermakna bahawa kawasan berkenaan adalah tidak selamat dan mendatangkan bahaya kepada orang ramai, sebaliknya ia bagi membolehkan tumpuan lebih banyak diberikan oleh pasukan keselamatan di situ.

“Jadi orang ramai boleh menjalankan kegiatan mereka seperti biasa serta mengikuti aktiviti berkaitan pilihan raya mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.

Datuk Muhamad Zaki memberikan contoh dengan membandingkan pusat mengundi yang mempunyai jumlah pengundi besar berbanding kawasan lain dengan bilangan pengundi yang kecil. “Sudah tentu pusat mengundi dengan jumlah pengundi beratus-ratus orang diberi perhatian lebih besar berbanding pemilih tidak sampai 100 orang.”

SUMBER:

Facebook Polis Diraja Malaysia

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI