‘Kerajaan Sementara’ Sepatutnya Dilantik Selepas Pembubaran Parlimen?

TULAR:
1447

PENJELASAN:

Ketua Setiausaha Negara (KSN) memperjelaskan dakwaan bahawa kerajaan sementara adalah diperlukan sejurus Parlimen dibubarkan bagi memastikan pentadbiran negara terus berjalan lancar, sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut KSN, Tan Sri Dr. Ali Hamsa, jemaah menteri sedia ada merupakan kerajaan sementara bermulanya pembubaran Parlimen sehinggalah jemaah menteri baharu dilantik selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) atau Parlimen bersidang semula selepas PRU-14 mengikut mana yang lebih awal.

Menurutnya lagi, kerajaan sementara juga boleh membuat sebarang tindakan bagi maksud menjalankan urusan pentadbiran kerajaan sehingga suatu kerajaan baru dibentuk, seperti pelaksanaan dasar sedia ada dan majlis rasmi kerajaan.

“Konsep kerajaan sementara adalah suatu konvensyen perlembagaan yang turut diamalkan di Negara Komanwel seperti United Kingdom (UK) dan Australia yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen. Mahkamah Persekutuan turut mengiktiraf bahawa jemaah menteri hendaklah ada pada setiap masa untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong walaupun selepas Parlimen dibubarkan, selaras dengan peruntukan Perkara 43(1) Perlembagaan Persekutuan.”

SUMBER:

Utusan Malaysia

Utusan Borneo

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI