Analisis Bank Negara Ke Atas ‘Living Wage’ Bukti Rakyat Malaysia Miskin?

TULAR:
837

PENJELASAN:

Bank Negara Malaysia (BNM) memperjelaskan dakwaan bahawa analisis BNM berhubung gaji kehidupan wajar (living wage) membuktikan situasi rakyat Malaysia yang berada dalam kemiskinan, sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut kenyataan BNM, rumusan yang dibuat berdasarkan analisis BNM mengenai gaji kehidupan wajar bahawa rakyat Malaysia berada dalam kemiskinan adalah tidak tepat, sebaliknya ia adalah penanda aras bagi pendapatan diperlukan untuk menikmati taraf hidup minimum yang boleh diterima, dan bukan penanda rasa untuk menilai tahap kemiskinan.

Menurut BNM, gaji kehidupan wajar berperanan sebagai panduan kepada majikan untuk mempertimbangkan agar pekerja dibayar gaji mengikut keperluan taraf hidup minimum yang boleh diterima, bagi membolehkan interaksi masyarakat bermakna, peluang membangunkan diri dan keluarga, dan kebebasan daripada tekanan kewangan yang teruk.

“Gaji kehidupan wajar tidak menggantikan gaji minimum semasa yang masih relevan iaitu sebanyak RM920 hingga RM1,000. Gaji minimum adalah satu keperluan berkanun dan bertujuan menampung keperluan asas isi rumah,” kata BNM dengan menambah, kadar tersebut perlu dinilai berdasarkan produktiviti pekerja.

SUMBER:

Bank Negara Malaysia

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI