Serangan Ulat Bulu Di Mantin?

TULAR:
774
Sumber gambar : KKM

PENJELASAN:

Kementerian Kesihatan memperjelaskan laporan bahawa terdapat serangan ulat bulu di Mantin, Seremban berdasarkan sebuah surat yang dikeluarkan oleh sebuah klinik kesihatan sepertimana yang hangat diperkatakan di media sosial.

Sumber gambar : Whatsapp

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Dr. Zainudin Bin Mohd Ali, surat dari Klinik Kesihatan Mantin tersebut ditularkan di dalam media sosial dimana surat itu telah dikeluarkan untuk kegunaan pihak PLKN Mantin sahaja.

Kejadian tersebut boleh berlaku semasa musim pembiakan rama-rama tertentu dipokok berdaun tertentu. Ulat bulu akan jatuh ke tanah atau diterbangkan oleh angin ke premis kediaman manusia yang berdekatan contohnya kawasan perumahan atau sekolah .

Beliau  menasihatkan jika sesiapa yang terkena ulat bulu tersebut dan alahan berlaku seperti kegatalan boleh dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan. Mereka yang mempunyai sejarah alahan mungkin mempunyai reaksi yang serius seperti alahan seluruh badan , susah bernafas perlu segera dapatkan rawatan.

SUMBER: 

Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI