Pos Malaysia Tidak Telus Dalam Pengurusan Undi Pos PRU14?

TULAR:
1648

PENJELASAN:

Pos Malaysia memperjelaskan dakwaan berkenaan isu ‘ketirisan’ integriti kakitangannya dalam menguruskan undi pos di dalam dan luar negara pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Sumber gambar : Facebook

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Postal dan Kurier Pos Malaysia, Datuk Azlan Shahrim, berkata pihaknya sedia memberi jaminan perkhidmatan terbaik bagi memastikan undi berharga rakyat dapat disampaikan kepada Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri.

Katanya, ia secara langsung menepis dakwaan bahawa agensi berkenaan bersikap sambil lewa dalam menjalankan tugas berkhidmat kepada orang ramai.

“Ini (undi pos) bukan kali pertama diuruskan Pos Malaysia, kita sudah banyak pengalaman dan terbabit menguruskan undi pos pada PRU-13 dan PRU kecil lain. Jadi tidak timbul isu gagal dalam menjalankan perkhidmatan. Tugas Pos Malaysia adalah menghantar dan menerima kembali undi pos untuk diserahkan kepada SPR dengan selamat.”

Ketua Pegawai Komersial Kumpulan Pos Malaysia, Nor Azizan Tarja pula berkata Pos Malaysia bekerjasama rapat dengan SPR untuk memastikan kelancaran pada hari pengundian termasuk untuk melanjutkan waktu perkhidmatan Pos Malaysia sekiranya hari mengundi jatuh pada hari minggu atau cuti umum.

“Kita sudah adakan taklimat dan mesyuarat bersama SPR beberapa bulan lalu dan semua pengurus negeri serta cawangan Pos Malaysia sudah diarahkan sedia bertugas pada bila-bila masa. Kita akan kerahkan lebih 2,000 kakitangan Pos Malaysia di seluruh negara untuk bertugas kali ini. Kita juga akan tambah kekerapan kutipan undi pos kepada dua kali sehari, pagi dan petang, sehingga hari mengundi tamat.”

Ketika ditanya dakwaan pengundi pos menjadikan peti surat sebagai peti undi dan bukannya hantar surat undi pos sehingga menyebabkan kertas undi tidak sampai pada PRU-13, Nor Azizan berkata pengundi perlu mengikut prosedur lengkap ditetapkan SPR .

“Kami hanya hantar dan poskan kembali undi. Kandungan dalam surat tidak boleh dibuka, pengundi kena pastikan mereka menggunakan sampul surat yang diberikan SPR untuk mengelakkan undi mereka ‘tercicir’.”

SUMBER:


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI