Projek ECRL Menggunakan Lebih Ramai Pekerja Asing Berbanding Tempatan?

TULAR:
1224

PALSU:

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) menggunakan lebih ramai pekerja asing untuk pembinaannya berbanding pekerja tempatan.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA:

Menteri Pengangkutan menafikan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), yang dibangunkan Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan kontraktor utamanya, China Communications Construction Company Ltd (CCCC) menggunakan ramai tenaga asing berbanding tempatan.

Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, projek  itu menggunakan 70 peratus pekerja tempatan manakala bakinya tenaga kerja dari China dan negara Asia lain.

Menurutnya, lebih 80,000 pekerjaan diwujudkan melalui pembangunan ECRL dan 14,000 lagi ditawarkan kepada penduduk setempat.

Beliau berkata, “Oleh itu, adalah tidak benar orang kata ECRL tidak menjaga pekerja tempatan atau pun projek ini tidak memanfaatkan rakyat kita”.

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI