Pesawat Terbesar Di Dunia Membawa 60,000 Pengundi Bangladesh Mendarat Di KLIA?

TULAR:
6380

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat pesawat terbesar di dunia yang membawa 60,000 pengundi Bangladesh telah mendarat di KLIA.

Sumber Gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Pesawat terbesar di dunia, Antonov An-225 Mriya, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 14 April 2018, kira-kira jam 7.10 pagi, sempena penerbangan komersial sulungnya ke Malaysia setelah melalui kerja menaik taraf lebih setahun lepas.

Pesawat kargo gergasi Ukraine itu sudah tidak asing bagi KLIA kerana ia pernah mendarat dua kali di sini iaitu pada 2007 dan 2016 sebagai pesawat pengangkut barangan komersial. Malaysia adalah tempat persinggahan ketiga pesawat itu selepas Leipzig, Jerman dan Dammam, Arab Saudi, bagi menghantar kargo berat.

SUMBER:

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI