Quaker Oats Mengandungi Racun?

TULAR:
406

PENJELASAN :

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperjelaskan laporan yang disiarkan melalui laman web Fox News dan New York Post bahawa seorang pengguna di Brooklyn, Amerika Syarikat telah mengemukakan saman ke atas syarikat pengeluar makanan bijirin jenama Quaker Oats kerana syarikat tersebut didakwa menyembur glyphosate ke atas oat sebagai agen pengering sejurus sebelum oat dituai sepertimana yang tular di media sosial.

Gambar hiasan. Sumber : theheartysoul

Menurut KKM, pihak mereka telah menjalankan pemantauan ke atas produk makanan bijirin oat yang dijual di pasaran tempatan dan sehingga kini hasil pemantauan menunjukkan glyphosate tidak dikesan.

Untuk makluman, glyphosate merupakan sejenis racun rumpai. Di bawah sub peraturan 41(3), Peraturan-Peraturan Makanan 1985, kadar maksimum residu glyphosate yang dibenarkan dalam makanan bijirin termasuk oats adalah 30mg/kg.

SUMBER :

Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Harian Metro

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI