Sebuah Restoran Mamak Siang Biawak?

TULAR:
1892
Sumber gambar: kpdnhep.gov.my

PENJELASAN:

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memperjelaskan isu tular kembali berkenaan tindakan sebuah restoran mamak yang didakwa menyiang biawak di premis perniagaan serta menggantungkan ayat al-Quran bagi mengaburi mata orang ramai.

Versi Terkini. Tular: Januari 2019

Sumber gambar: Facebook

Versi Terdahulu. Tular: Ogos 2017

Sumber gambar: YouTube

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menggesa orang ramai tidak menularkan semula berita yang tidak sahih bagi mengelak masyarakat serta pengguna menjadi panik.

Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Selangor, Azman Adam, pihaknya yang menjalankan siasatan berhubung perkara itu mendapati premis berkenaan tidak lagi beroperasi di Balakong.

“Sebenarnya kes itu berlaku pada 8 Ogos 2017 dan kita menjalankan tindakan sebelum ini. Namun kerana isu ini tular kembali, kami menjalankan siasatan semula dan mendapati premis terbabit tidak lagi beroperasi.”

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI