Starbucks Punyai Ramuan Tidak Halal?

TULAR:
695

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa restoran minuman terkenal Starbucks tidak halal melalui sebuah kandungan audio di aplikasi WhatsApp.

Gambar hiasan. Sumber: freebiesland.my

SEBENARNYA :

Menurut Bahagian Hab Halal JAKIM, pengurusan dan kawalan bahan mentah adalah berbeza mengikut negara dan Starbucks di Malaysia adalah merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Katanya lagi, Prosedur pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah mengambil kira status halal setiap ramuan dan proses yang berkaitan di dalam pengeluaran sesuatu produk dengan teliti oleh Pakar Syariah dan juga Teknologi Makanan.

Jakim turut memaklumkan bahawa sijil halal adalah diberi mengikut premis dan pengguna adalah dinasihatkan untuk memilih premis makanan yang memaparkan logo halal dengan tarikh yang masih sah.

SUMBER :

Facebook Bahagian Hab Halal JAKIM

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI