PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa penukaran kad ATM baru akan dikenakan caj jika terlepas tempoh yang diberikan.
Sumber gambar: Facebook
SEBENARNYA :
Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan dakwaan pemegang kad ATM akan dikenakan caj pembaharuan, selain tidak boleh menggunakan kad sedia ada untuk pengeluaran tunai jika tidak digantikan dengan kad berasaskan PIN.
Dalam satu kenyataan, bank pusat itu berkata, orang ramai boleh menukar kad ATM secara percuma.