PENJELASAN:
Kementerian Kewangan Malaysia memperjelaskan dakwaan bahawa pihaknya tidak dapat melaksanakan tuntutan balik bayaran input Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST) sepertimana yang tular di media sosial.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata tuntutan pembayaran balik cukai input bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang masih berbaki, tidak dapat dilaksanakan kerana wang yang telah dibayar sebagai pendahuluan tidak dimasukkan ke dalam akaun amanah kerajaan semasa pentadbiran kerajaan sebelum ini.
Wang pendahuluan itu sebaliknya dimasukkan ke dalam akaun dana yang disatukan dan dianggap sebagai hasil oleh kerajaan Barisan Nasional.
“Wang itu telah digunakan oleh kerajaan terdahulu terlebih dahulu, itu sebabnya (kenapa tuntutan cukai input GST tidak dapat dilaksanakan).”
Beliau berkata bayaran yang sepatutnya dibayar balik dalam masa dua minggu itu tertangguh hingga dua tahun.
SUMBER: