Waspada Air Pasang Besar Dari 10 Sehingga 12 September 2018

TULAR:
676

WASPADA:

Orang ramai khususnya semua pusat operasi Bencana Negeri dan Daerah diminta berwaspada dan bersiapsiaga untuk membuat persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan akan berlaku bencana banjir.

Sumber gambar: portalbencana.nadma.gov.my

Menurut kenyataan rasmi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA):

Untuk makluman pada 10 sehingga 12 September 2018 akan berlakunya Air Pasang Besar. Susulan daripada itu, semua Pusat Operasi Bencana Negeri dan Daerah dinasihatkan sentiasa peka dengan Ramalan Cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorolgi Malaysia (MMD) bermula pada 08 sehingga 12 September 2018 terutama dikawasan tinggi berikutan kemungkinan berlaku pertembungan air sungai dan air laut.

Sehubungan dengan itu, semua Pusat Operasi Bencana Negeri dan Daerah dimohon untuk membuat persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan akan berlaku bencana banjir.

Untuk makluman jua, Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) dalam kesiapsiagaan bersedia menerima maklumat bantuan pengurusan dan pengoperasian bencana dari semasa ke semasa. NDCC boleh dihubungi di talian 03-8064 2400, Faks 03-8063 5420 dan e-mel [email protected] dan [email protected].

SUMBER:

Portal Rasmi NADMA


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI