PENJELASAN:
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri memperjelaskan laporan bahawa YBM Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengeluarkan kenyataan bahawa Kelantan tidak menerima sebarang pelaburan asing untuk tiga tahun berturut-turut.
YBM MITI, Dato’ Sri Mustapa Mohamed menjelaskan bahawa pada Januari-September 2017, Kelantan menerima RM4.2 juta pelaburan diluluskan, antara yang terendah di Malaysia.
YBM MITI tidak pernah menyebut bahawa Kelantan tidak menerima sebarang pelaburan asing untuk tiga tahun berturut-turut.
Salah faham ini mungkin berpunca dari data yang dikongsikan oleh pihak MITI Kelantan selepas acara tersebut di mana rekod MIDA menunjukkan bahawa meskipun ada pelaburan diluluskan tetapi tidak ada pelaburan yang dilaksanakan pada tiga tahun tersebut. Data ini tidak diperjelaskan secara terperinci dan mungkin mengundang salah faham.